Selamat datang ke blog ex-students SMVAG (92 - 93). Semoga persahabatan kita kekal abadi...
RSS

Wednesday, January 27, 2010

Gambar Pre-Reunion

Sori la kengkawan... lambat sikit upload gambar masa kat D'Pelican Restoran sempena pre re-union kita baru-baru ni. So, seperti yang dijanjikan... ini la hasilnya.

Majlis Perkahwinan Hairolnizam & Nor Farah Sofia

Korang mesti tertanya-tanya Majlis Perkahwinan siapakah ini? Sebenarnya ni salah sorang budak Kimpal kat Algavo. Kalau korang nak tau, dia ialah Giant KFL. Dia akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya pada 7 Februari 2010 bertempat di KM 2568 Jalan SS12 Taman Sri Sutera Pengkalan Alor Gajah Melaka.

Korang sumer dijemput hadir bagi memeriahkan lagi suasana. Ini adalah jemputan dari pihak pengantin sendiri yang disampaikan kepada Fahmi Jo.

Sekian.

Thursday, January 21, 2010

Perubahan Tarikh 2nd Re-union

Salam...

Untuk makluman semua, mungkin akan berlaku perubahan kepada tarikh 2nd re-union kita atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan dan permintaan yang tinggi. So setakat ni tarikh yang dirasakan sesuai ialah 1 Mei itu pun bergantung kepada kekosongan chalet. Maklumla public holiday.

Apa-apa pun kalau ada masalah kitorang akan inform semula soonest possible.

Monday, January 11, 2010

2nd Re-union Ex-ALGAVO

Salam...

Seperti yang korang sumer sedia maklum, perjumpaan ala-ala pre-reunion telah berjaya berjalan seperti yang dirancang pada 25 Dis 2009 di Pelican Restoran, Ayer Keroh, Melaka. On that day ramai gak yang datang - Ain, M. Azleen, Azlan (tokey restoran tempat perjumpaan), Hashim, Tampin, Hardi, Panjang, Amarul, Redzuan Bomba, Kojek & Muzy. (gambar akan diupload kemudian)

Antara agenda yang dibincangkan pada hari itu termasuklah planning tuk 2nd reunion dan perlantikan ajk baru (maaf ye ajk lama, bukan apa cuma nakkan perubahan). Jadi sumer yang hadir telah sepakat menyerahkan tugasan ini kepada Azlan, Ain, M. Azleen & Tampin. Yang hadir selebihnya secara tak langsung turut jadi ajk tuk membantu.

Macam yang Ain war-warkan kat Algavo Chatbox, 2nd reunion ala family day akan diadakan di Pengkalan Balak, Melaka pada 24 - 25 April 2010. Surat jemputan beserta pengesahan kehadiran akan menyusul tak lama lagi. Kepada yang dah confirm nak join boleh terus bagi detail kat blog ni.

Kerjasama korang tuk menjayakan 2nd reunion ni amat dihargai.