Selamat datang ke blog ex-students SMVAG (92 - 93). Semoga persahabatan kita kekal abadi...
RSS

Thursday, February 25, 2010

Reunion Algavo 92-93,PortDickson.2010

Minta jasa baik korang semua utk pilihan jenis tshirt.


rm25 adalah jenis(Honey Comb) yg berkualiti dan mahal sedikit.

rm20 adalah jenis (Cvc Lacoste) yang kureng sikit tapi ok ar....

semua harga tersebut siap dgn design dan sulaman..

kalau ader yg boleh dpt lebih murah dari ako nye harga,sila bagitau ako dan ako akan bg korang bikin ini baju hehehhehe...






Pilihan berkolar:
Untuk yang berkolar harga masih dlm pencarian.jadi sesapa boleh bagi budget harga tersebut akan ako carik lagi bagi yg termurah dan berkualiti,so kaler bagi tshirt akan ako bagi masa meeting bersama Tuan President mlm esok..di tunda plok..esok mlm sapo nk join silakan lah,dan blh hubungi Tuan President.terima kasih..

pilihan kedua
Pilihan Pertama

So dengan hati yg terbuka korong nk hentam hentam jek..bising jek ok...sapo nk join meeting bersama tuan president esok ,sila hubungi fahmi utk mendapat tempat yang terhad .terimakasih.hahahhaa

So pilihan kaler tshirt berwarna hitam dan putih,ader cadangan yg mahu kaler yg menepati rasa reunion ini sila letak VOTE Kaler so nnt ako akan kira melalui mejaroti.Dan pilihan design tshirt utk sila taip Vote T 1 atau 2..sekian..


HARGA TSHIRT RM 18.00 SEHELAI.Sekira nya ada sesapa yg boleh dapat di bawah harga tersebut sila bg tau ako akan lepaskan.Lagik banyak yang oder lagi murah harganya..












Wednesday, February 24, 2010

Jemputan menjadi author

Salam...

Aku dah add korang (yang ada email add dalam blog ni) sebagai author. Jadi, lepas ni korang xyah susah2 email kat moderator tuk upload apa2 info dalam blog ni. Korang just accept invitation & boleh terus update blog ni.

So... selamat meng'upload'.....

Tuesday, February 23, 2010

Terbatalnya program 2nd Reunion...

Assalamualaikum...

Nampaknya topik perbincangan tentang 2nd re-union ex-ALGAVO mendapat perhatian ramai pihak. Tak salah kalau aku katakan yang korang memang warga perihatin. Namun begitu beberapa andaian & tohmahan yang korang lemparkan amat tidak menyenangkan hati pihak-pihak yang secara sukarela membantu tuk menjayakan program ini.

Untuk pengetahuan korang sumer, secara kebetulannya diorang (ajk) baru mendapat panggilan mengatakan tiada kekosongan di chalet yang kita cadangkan ini pada tarikh yang kita booking. Memang nak jadi rezeki korang yang berhajat untuk menjayakan majlis ini. So, dengan secara sukarela juga aku bagi pihak ajk2 ini menyampaikan hajat diorang untuk melepaskan tanggungjawab ini kepada mana-mana warga ALGAVO yang boleh meneruskan program ini. Ini tidak bermakna diorang tak bertanggungjawab tapi memberi peluang kepada orang lain yang lebih layak atau mampu menguruskan tugasan ini berbanding diorang.

Kepada sesiapa yang rasa boleh menjalankankan tugasan ini bolehlah teruskan usaha korang untuk mendapatkan harga yang lebih baik. Tetapi sebelum tu, untuk pengetahuan korang, pada perjumpaan pra reunion kat tempat imam hari tu, kitorang yang hadir telah mencadangkan untuk stay kat a famosa tp ada tentangan, x nak duduk serumah dengan family lain sebab segan.... Korang kena ambik kira pasangan korang, kalau korang nk sewa banglo. Jadi, terpulanglah....

Untuk makluman, aku bercadang untuk attachkan quotation dari A Famosa Resort dan D'Nelayan untuk membuktikan bahawa ajk2 ini tidak mark up harga @ ambik untung keterlaluan tapi ada error. So kepada sesape yang nak quotation tu boleh bagi email address then aku fwdkan kat korang. Kitorang sekadar menjalankan tugasan secara sukarela tanpa mengambil kira keuntungan malah duit kitorang yang banyak keluar untuk menjayakan program ini. Tapi apa nak buat... orang xkan nampak & tau melainkan bila dah jalankan tugasan ini.

Akhir kata, terima kasih di atas cadangan dan pandangan yang korang berikan. Kepada semua.. surat @ email terdahulu adalah terbatal sama sekali. Kepada sesiapa (especially ajk baru) yang nakkan permission tuk update dlm blog ni, sila kemukakan email address kat Algavo Chatbox. Sekian, terima kasih....

Friday, February 19, 2010

Detail tentang 2nd Reunion

Salam kengkawan sumer...

Untuk makluman sumer, berikut adalah butiran tentang program 2nd reunion kita (sama cam dalam surat yang bakal korang terima):-

1. Bayaran:
RM55.00 / dewasa
RM35.00 / kanak-kanak
(5 -12 tahun)
* bayaran hanya untuk 3x makan termasuk bbq & sukaneka, tidak termasuk harga bilik

2. Tarikh: 8 & 9 Mei 2010

3. Tempat: D'Nelayan Beach Resort (Kemunting Beach Resort)

4. Tarikh tutup: 15 Mac 2010

5. Cara reply:
5.1 Pos kepada:
Pn. Norain Kamarudin
TN 519 Jalan Jati 10
Taman Jati Indah
78000 Alor Gajah Melaka

5.2 Telefon / SMS / Emel:
Azlan 012-324 5550 iazlan41@yahoo.com
Ain 013-358 1020 ainkamarudin@yahoo.com
M. Azleen 012-225 8654 khaleeda76@yahoo.com
Tampin 013-203 0740 zamda0306@yahoo.com.my

5.3 Algavo chatbox

6.
Bayaran boleh dimasukkan ke dalam akaun bank:
Maybank: 162272-543082 (Muzy Binti Mohamad Yusoff)
* sila pastikan korang simpan slip deposit duit tu sebagai bukti (kalau boleh
poskan slip tu atau scan & email)

7.
Jenis bilik penginapan & harganya:
Standard
(1 queen bed) - 3 unit RM 100.00
Super standard
(3 single bed) - 17 unit RM 110.00
Superior
(3 single bed) - 11 unit RM 120.00
Deluxe
(1 single, 1 queen bed) - 6 unit RM 130.00
Family
(1 single, 1 queen bed) - 6 unit RM 150.00
Suite
(1 single, 1 queen, 1 pantry, 1 hall) - 1 unit RM 250.00


p/s tolong sebar-sebarkan kalau korang ada contact kengkawan lain yang tak tau pasal kewujudan blog ini dan x layan / buta it (bak kata sahabat kat chatbox). Kerjasama korang amatlah dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih...

lagi satu, harga terpaksa ikut per pax & tak boleh per family sebab tak tau berapa ahli keluarga setiap orang, harap faham.....


Saturday, February 6, 2010

KRING..KRING..CALLING-CALLING...

Assalammualaikum & Salam sejahtera,

Sahabat sekelian, dengan titah perintah dari AJK yang mengaturkan REUNION ALGAVO
ini adalah dimaklumkan bahawa TARIKH REUNION ALGAVO akan diadakan pada dan tempat seperti berikut:

TARIKH : 8 - 9 MEI 2010
TEMPAT : Dnelayan, Pengkalan Balak, Melaka.

Dukacita dimaklumkan bahawa tarikh 1Mei seperti yang diuar-uarkan sebelum ini terpaksa di batalkan kerana tiada kekosongan chalet di Dnelayan. So, disebabkan itu tarikh terpaksa ditunda dan kami telah pun menempah chalet2 pada 8-9hb. Surat akan menyusul kemudian untuk memaklumkan lebih lanjut tentang bayaran yang dikenakan.

Sekian, harap maklum.