Selamat datang ke blog ex-students SMVAG (92 - 93). Semoga persahabatan kita kekal abadi...
RSS

Friday, September 21, 2012

Re-union Kali Ke-3

Tanggal 15 September 2012 bersamaan dengan 28 Syawal 1431H berlangsunglah re-union yang telah sekian lama diwar-warkan di facebook.  Majlis berlangsung sungguh meriah walaupun jumlah kehadiran tidak begitu menggalakkan.  Tak kisah la walaupun sikit, tetap happening

Bermula dengan sesi mandi-manda di kolam yang tersedia di tempat pertemuan. Anak-anak sungguh menikmati peluang yang ada dan sangat mesra walaupun ada yang baru pertama kali bersua muka.  Melihat keseronokan mereka, hilang segala penat lelah travel ke sana.  Tapi dalam kegembiraan ada jugak kedukaan.  Kesian anak dara Hashim, tak dapat mandi gara-gara ayahnya datang berlenggang.  Lain kali beringat ye Hashim....

Sesi ber'bbq' bermula seawal jam 5 hingga ke malamnya.  Kerjasama dan sikap ambil tahu yang ditunjukkan oleh semua sangat membanggakan.  Kekalkan prestasi ye... Antara juadah yang ada ialah ayam bakar, sosej, ikan bakar, jagung bakar, nasi lemak, bihun goreng, & muffin kak Azie yang sedap bangat... Masing-masing tak lepas peluang menunjuk bakat bercerita & berlawak jenaka.  Suasana yang sangat menghiburkan dan menyentuh perasaan.

Berlangsungnya acara sukaneka bermakna ada la hadiah.  Walaupun hadiahnya tidak la seberapa tapi bebudak tu tetap enjoy... Sampai ada ibu yang terpaksa kuar duit sendiri tuk bagi kat anak sendiri, kononnya anaknya berjaya dapat jawab soalan demi tidak mengecikkan hati si kecil.. So sweet...

Kemeriahan berakhir apabila semua start balik ke rumah/kg/hotel masing-masing.  Yang tinggal di banglo cuma 3 keluarga, keluarga Kojek, Yusz & Din Gaban + Cik Anggerik Desa. 

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung.  Sehingga bertemu lagi...


0 comments:

Post a Comment