Selamat datang ke blog ex-students SMVAG (92 - 93). Semoga persahabatan kita kekal abadi...
RSS

Saturday, February 6, 2010

KRING..KRING..CALLING-CALLING...

Assalammualaikum & Salam sejahtera,

Sahabat sekelian, dengan titah perintah dari AJK yang mengaturkan REUNION ALGAVO
ini adalah dimaklumkan bahawa TARIKH REUNION ALGAVO akan diadakan pada dan tempat seperti berikut:

TARIKH : 8 - 9 MEI 2010
TEMPAT : Dnelayan, Pengkalan Balak, Melaka.

Dukacita dimaklumkan bahawa tarikh 1Mei seperti yang diuar-uarkan sebelum ini terpaksa di batalkan kerana tiada kekosongan chalet di Dnelayan. So, disebabkan itu tarikh terpaksa ditunda dan kami telah pun menempah chalet2 pada 8-9hb. Surat akan menyusul kemudian untuk memaklumkan lebih lanjut tentang bayaran yang dikenakan.

Sekian, harap maklum.

Wednesday, January 27, 2010

Gambar Pre-Reunion

Sori la kengkawan... lambat sikit upload gambar masa kat D'Pelican Restoran sempena pre re-union kita baru-baru ni. So, seperti yang dijanjikan... ini la hasilnya.

Majlis Perkahwinan Hairolnizam & Nor Farah Sofia

Korang mesti tertanya-tanya Majlis Perkahwinan siapakah ini? Sebenarnya ni salah sorang budak Kimpal kat Algavo. Kalau korang nak tau, dia ialah Giant KFL. Dia akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya pada 7 Februari 2010 bertempat di KM 2568 Jalan SS12 Taman Sri Sutera Pengkalan Alor Gajah Melaka.

Korang sumer dijemput hadir bagi memeriahkan lagi suasana. Ini adalah jemputan dari pihak pengantin sendiri yang disampaikan kepada Fahmi Jo.

Sekian.

Thursday, January 21, 2010

Perubahan Tarikh 2nd Re-union

Salam...

Untuk makluman semua, mungkin akan berlaku perubahan kepada tarikh 2nd re-union kita atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan dan permintaan yang tinggi. So setakat ni tarikh yang dirasakan sesuai ialah 1 Mei itu pun bergantung kepada kekosongan chalet. Maklumla public holiday.

Apa-apa pun kalau ada masalah kitorang akan inform semula soonest possible.

Monday, January 11, 2010

2nd Re-union Ex-ALGAVO

Salam...

Seperti yang korang sumer sedia maklum, perjumpaan ala-ala pre-reunion telah berjaya berjalan seperti yang dirancang pada 25 Dis 2009 di Pelican Restoran, Ayer Keroh, Melaka. On that day ramai gak yang datang - Ain, M. Azleen, Azlan (tokey restoran tempat perjumpaan), Hashim, Tampin, Hardi, Panjang, Amarul, Redzuan Bomba, Kojek & Muzy. (gambar akan diupload kemudian)

Antara agenda yang dibincangkan pada hari itu termasuklah planning tuk 2nd reunion dan perlantikan ajk baru (maaf ye ajk lama, bukan apa cuma nakkan perubahan). Jadi sumer yang hadir telah sepakat menyerahkan tugasan ini kepada Azlan, Ain, M. Azleen & Tampin. Yang hadir selebihnya secara tak langsung turut jadi ajk tuk membantu.

Macam yang Ain war-warkan kat Algavo Chatbox, 2nd reunion ala family day akan diadakan di Pengkalan Balak, Melaka pada 24 - 25 April 2010. Surat jemputan beserta pengesahan kehadiran akan menyusul tak lama lagi. Kepada yang dah confirm nak join boleh terus bagi detail kat blog ni.

Kerjasama korang tuk menjayakan 2nd reunion ni amat dihargai.

Monday, December 21, 2009

PRE REUNION - 25 DECEMBER 2009

Assalammualaikum...

Kepada rakan-rakan yang berminat nak join pra reunion bolehlah confirmkan nama pada Saudara Norizam Amri (Tampin) / Norain kamarudin.. tak dapat nak calling-calling pun tak apa just sms aje.. Ctc no. leh refer kat dalam blog nie..

Details tentang perjumpaan tersebut seperti di bawah :

Tarikh : 25 Disember 2009
Masa : Akan diconfirmkan nanti - make sure you guys free le aritu yer..
Tempat : Dpelican Restoran - Berdekatan D'village Resort, Air Keroh, Melaka.

Jangan lepaskan peluang nie.. Sambil lepak-lepak kita leh discuss pasal "The Real Reunion for Algavo sesi 1992-1993". So kalu feel free aritu jom kita gempakkan restoran Pak Imam tu..

Ok guys... hope to hear a good news from u all.. and see you there..

Wasalam..

Tambahan utk ALL ALGAVO 92-93 . PRA _ UNION 25 DECEMBER 2009.

Suka cita dimaklumkan kepada warga Algavo(92-93).
satu pra union akan diadakan di Melaka,pada tarikh 25 December 2009.
kehadiran anda semua amatlah dihargai.
untuk segala urusan berkaitan pra union ini, rakan-rakan boleh berhubung dengan :-

sila comfirmkan kehadiran anda ? selewat-lewatnya 24 December 2009, jam 4:30pm.

Pn.Norain kamarudin
013 3581020

En.Norizam amri baharudin
013 2030740

kami nantikan kehadiran anda pada 25 December 2009.
Selamat Untuk Semua ALGAVO.